Wednesday, 19 September 2012

punca sakit belakang


pix_toprightBANYAKKAN berehat, supaya sakit pinggang segera berkurangan. Ini antara cara yang dinasihatkan doktor untuk mengatasi masalah sakit pinggang tetapi makin lama baring berehat, makin sakit pula jadinya. Ketika berbaring kesakitan terasa hilang perlahan-lahan tetapi kembali mengejut apabila cuba bangun atau menggerakkan badan Benarkah berehat dengan berbaring cara terbaik untuk menghilangkan kesakitan pinggang? Rupa-rupanya kaedah ini disarankan untuk satu atau dua hari saja kerana berbaring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk. Jika kesakitan masih tidak berkurang, segeralah mencuba kaedah lain SEPERTI  FISIOTERAPI YUMEIHO™ atau lebih baik berjumpa doktor supaya ia tidak berlanjutan dan menjejaskan kehidupan. 

Bo leh dikatakan semua orang pernah sakit belakang terutama di bahagian pinggang, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dianggarkan 80 peratus orang pernah mengalami sakit belakang yang menyebabkan kerja dan aktiviti harian terganggu. Sakit belakang juga antara punca utama ketidakupayaan bekerja dan penyumbang besar kepada pengambilan cuti sakit.


Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.

Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa.

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum.

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang.

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Sakit belakang dibahagikan kepada dua jenis iaitu sakit yang akut (selama beberapa hari hingga minggu) dan kronik jika kesakitan berlarutan melebihi tiga bulan. Kebanyakan sakit pinggang akut disebabkan masalah mekanikal semula jadi - terjadi akibat trauma pada bahagian pinggang atau penyakit seperti artritis.

Trauma ini pula katanya, boleh disebabkan kecederaan sukan, bekerja dalam rumah, berkebun atau sentakan mengejut seperti kemalangan.

Gejala dialami setiap pesakit berbeza; ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke bahagian lain; menyebabkan pergerakan terhad atau tidak boleh berdiri tegak.

Bagaimana sakit belakang terutama di bahagian pinggang boleh terjadi? Menurut Dr Siow, kekuatan tulang dan keanjalan otot merosot dengan peningkatan umur. Bahkan cakera yang terletak di antara setiap tulang pada tulang belakang juga mula kehilangan cecair dan keanjalannya; menyebabkan ia hilang kebolehan untuk menyerap hentakan.

“Kesakitan boleh berlaku dalam banyak keadaan contohnya mengangkat benda yang terlalu berat atau regangan berlebihan terjadi menyebabkan salah satu otot atau ligamen tergeliat atau kejang.

“Jika tulang belakang mengalami regangan atau mampatan keterlaluan, satu cakera boleh pecah atau tertolak keluar. Cakera ini akan memberi tekanan kepada lebih 50 saraf yang bercabang daripada saraf tunjang.

“Apabila akar saraf ini terhimpit atau mengalami keradangan, kita akan mengalami rasa sakit. Lokasi kesakitan itu bergantung kepada saraf mana yang terhimpit atau radang.

Selain itu, bagi masalah sakit pinggang, ia juga boleh disebabkan masalah cakera, artritis, osteoporosis atau lain-lain penyakit tulang,” katanya.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:

  • Obesiti 
  • Merokok 
  • Tekanan 
  • Keadaan fizikal tidak elok 
  • Postur badan yang salah 
  • Posisi tidur tidak elok 
  • Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

    Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah.

    Siapa yang boleh mendapat sakit belakang atau sakit pinggang? Semua orang tanpa mengira peringkat umur dan risiko mendapatnya meningkat dengan pertambahan umur.

    Bagaimanapun, masalah ini lebih kerap berlaku pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun; disebabkan proses penuaan dan gaya hidup yang tidak aktif.

    Antara masalah yang sering dikaitkan dengan sakit pinggang ialah kerosakan cakera, degenerasi (kemerosotan) tulang belakang (ia menyebabkan kesakitan belakang ketika bangun tidur atau selepas berjalan lama) dan stenosis spina (juga ada kaitan dengan kesakitan akibat masalah cakera).

    Diagnosis dan rawatan
    Masalah sakit belakang boleh dikesan melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal, ujian darah dan ujian imbasan. Ujian imbasan ini seperti sinar-X, diskografi (ejen pembandingan akan disuntik ke dalam cakera) dan tomografi komputer (CT) adalah kaedah cepat untuk mengetahui jika pesakit mengalami masalah cakera, stenosis spina atau kerosakan pada mana-mana tulang belakang.

    Manakala ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan bagi mengesan masalah kemerosotan, kecederaan atau penyakit pada tisu, saraf, otot, ligamen dan salur darah. Imbasan tulang pula adalah untuk mengesan dan memantau jika berlaku jangkitan, keretakan atau penyakit pada tulang belakang.

    “Kebanyakan masalah sakit belakang khususnya sakit pinggang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

    “Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan; membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.

    “Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.

    Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.

    “Selain itu anda juga boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin,” katanya.

    Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

    Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

    Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan.

    Pencegahan
    Bolehkah sakit belakang dielakkan? Ya. Sakit belakang yang disebabkan postur badan kurang baik atau lain-lain sebab bukan trauma (kemalangan) biasanya boleh dielakkan dengan kaedah di bawah:
  • Kerap bersenam untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan otot. Antara senaman yang baik ialah senaman regangan, yoga, tai chi, berenang atau pilates. Lakukan senaman aerobik seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

    Tingkatkan kekuatan anda dengan senaman yang membabitkan seluruh badan, terutama otot perut, belakang, paha dan pinggul. Senaman menguatkan otot kaki dan bahu membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika mengangkat benda berat.

    Buat pergerakan memanaskan badan sebelum bersenam atau bersukan. Ia penting untuk meningkatkan suhu dan pergerakan otot bagi mengelak risiko kecederaan.
  • Pelajari posisi atau postur badan yang betul ketika melakukan kerja, terutama ketika mengangkat barang. Berhati-hati ketika anda berasakan ketegangan otot supaya ia tidak tercedera.

    Elakkan duduk terlalu lama dan buat senaman regangan atau berjalan seketika setiap 30 minit. Apabila duduk, pastikan paha dan lutut pada posisi selesa, selain menggunakan kerusi yang memberi sokongan pada belakang badan.
  • Amalkan prinsip ergonomik - sama ada di rumah atau tempat kerja boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ini termasuklah menggunakan kerusi yang mempunyai penyandar mengikut bentuk semula jadi tulang belakang.

    “Tulang belakang kita mempunyai lengkuk seperti bentuk S terbalik dan sebarang aktiviti yang mengubah lengkuk semula jadi ini, jika dilakukan untuk jangka masa lama, boleh menyebabkan ketidakselesaan. Sekiranya berterusan, ia boleh menyebabkan sakit belakang,” kata Dr Siow.
  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan masalah berlebihan berat badan, terutama di bahagian pinggang. Ini kerana kegemukan di pinggang akan memberi lebih kesan kepada otot di bahagian berkenaan.
  • Berhenti merokok. Asap rokok akan mengurangkan aliran darah ke bahagian bawah tulang belakang dan menyebabkan cakera lebih mudah mengalami kemerosotan.
  • Tidur di atas tilam yang boleh memberi sokongan kepada badan, tidak terlalu keras atau lembik sehingga anda ‘tenggelam’ apabila baring di atasnya. Tidur dalam posisi yang membolehkan anda mengekalkan lengkungan tulang belakang yang normal.

    Tilam yang tidak memberi sokongan kepada badan akan mendorong kita untuk tidur dalam posisi kurang baik, membuatkan otot meregang dan tidak membantu penjajaran tulang belakang - semuanya menyumbang kepada masalah sakit belakang.

    “Tilam yang baik sepatutnya memberikan sokongan kepada lengkuk semula jadi tulang belakang. Kajian menunjukkan tilam yang separa empuk boleh membantu mengurangkan kesakitan belakang. Jika tilam terlalu keras akan memberi lebih tekanan pada belakang dan ini boleh memburukkan keadaan,” katanya.
  • FISIOTERAPI YUMEIHO™ untuk masalah sakit belakang




    FISIOTERAPI YUMEIHO™ merupakan kaedah gerakan fisio yang merawat masalah yang berkaitan dengan tulang belakang dan tulang pinggul antaranya sakit belakang. Terdapat pelbagai teknik gerakan alignment yang digunakan untuk membetulkan postur atau kedudukan tulang belakang serta tulang pinggul. 





    Masalah sakit belakang berpunca daripada bahagian tulang belakang dan tulang pinggul tertentu yang tidak berada di dalam kedudukan yang sepatutnya. Jika ini terjadi maka anda akan mengalami pelbagai masalah seperti sakit pinggang, sakit kepala, sakit tengkuk, bisa2 badan, lenguh badan dan sebagainya. Malah penyakit-penyakit seperti migraine,sakit jantung, obesiti, kencing manis, darah tinggi, dan lain-lainnya mungkin juga berpunca daripada masalah gangguan tulang belakang dan tulang pinggul selain daripada faktor pemakanan yang tak seimbang. Gambar di atas menunjukkan kaitan organ2 dengan tulang belakang. Bilamana tulang belakang 'lari' kedudukannya menyebabkan tekanan dan gangguan ke atas saraf organ / anggota.Ini akan melemahkan organ2/anggota tersebut.

    Masalah sakit belakang disebabkan tulang belakang bermasalah
    Masalah sakit belakangRajah di atas menunjukkan masalah sakit belakang, sakit tengkuk, kaku bahu, tulang belakang membengkok 'S', sakit peha/betis dan lain2 yang berpunca daripada tulang belakang/ tulang pinggul yang tidak betul kedudukannya. Apabila tulang pinggul sudah tidak seimbang maka tulang belakang anda akan membengkok seperti 'S' dan jika dibiarkan berlarutan maka anda akan mengalami masalah kesihatan yang kronik.Punca2 yang boleh membuatkan tulang pinggul/tulang belakang itu bermasalah seperti kemalangan jalanraya, jatuh ketika bersukan atau bekerja, salah posisi ketika angkat barang dan duduk terlalu lama di kerusi pejabat dengan postur yang salah. Lama kelamaan kesannya akan terasa apabila umur semakin meningkat dan kesihatan semakin menurun.


    FISIOTERAPI YUMEIHO™ mampu merawat masalah sakit belakang dan sakit lain2 yang berpunca dari tulang pinggul dan tulang belakang yang dah 'misaligned'. Hubungi saya di 013 921 9866


    Tuesday, 18 September 2012

    Sakit belakang: Hilangkan punca sebenarnya dengan cepat, berkesan dan berkekalan tanpa ubat dan pembedahan - FISIOTERAPI YUMEIHO™


    Rawatan FISIOTERAPI YUMEIHO MERUPAKAN INOVASI TEKNIK TERKINI TERAPI BAGI RAWATAN PEMULIHAN KESIHATAN ALAMIAH KAEDAH JEPUN.

    kaedah rawatan INI TELAH TERBUKTI KEBERKESANANNYA ATAS BERATUS RIBU PESAKIT DI ASIA JUGA EROPAH TIMUR SELAMA lebih 50 TAHUN.


    Konsep rawatan tulang belakang dan tulang pinggul ini sebenarnya adalah berbentuk pencegahan atau preventive tapi berupaya merawat pelbagai bentuk masalah2 kesihatan terutamanya sakit belakang dengan alignment tulang belakang serta tulang pinggul.




    Dalam pengalaman saya rawatan FISIOTERAPI YUMEIHO™ telah berkali2 terbukti cepat berkesan menghilangkan atau mengurangkan sakit belakang, sakit gigi dan sakit migrain lebih cepat dari ubat panadol/aspirin.

    Banyak testimoni dari pasien2 saya mendapati kelegaan melalui sesi pertama tetapi untuk kesembuhan sakit belakang jangka panjang perlu menjalani beberapa sesi.

    Biasanya semakin kerap menjalani terapi ini semakin meningkat tahap kesihatan anda kerana terapi ini adalah berbentuk 'cumulative'.
    Sebagaimana kalau kita dah lama tak bersukan kemudian ingin kembali aktif. Kita perlukan kekerapan warm up serta  berlatih sehingga sakit2 badan hilang untuk mencapai stamina serta kelenturan badan maksima
    .

    DENGAN KEKERAPAN MENJALANI FISIOTERAPI YUMEIHO BUKAN SEKADAR MERAWAT SAKIT BELAKANG SAJA BAHKAN MERAWAT SELURUH TUBUH, MENGUATKAN ANGGOTA JUGA ORGAN2 DALAMAN YANG LEMAH SERTA MENINGKATKAN DAYA IMUNITI,  DAYA KESEMBUHAN DIRI SECARA ALAMIAH.


    Ia bukan sekadar merawat tanda2 atau simptom2 sakit belakang / tulang belakang itu tapi merawat punca datangnya sakit itu.

    Konsep terkini untuk merawat tanpa ubat atau pembedahan adalah dengan pergerakan terapi tulang belakang, body alignment dan muscle balancing.

    Kenapa konsep ini adalah penting untuk kesihatan badan dan mental kita ?

    Konsep FISIOTERAPI YUMEIHOadalah untuk mengembalikan keseimbangan tubuh.Tubuh atau 'body frame' yang seimbang(balanced,aligned) akan menghasilkan peredaran darah, saraf dan otot yang berfungsi dengan baik.

    Ditambah dengan penjagaan atau maintanence 'service' yang baik dan kerap(macam kereta) serta langkah2 pencegahan boleh memanjangkan jangka hayat tubuh kita serta mencegah dari masalah2 penyakit berat, inshaallah.
     Manakala tubuh atau 'body frame' yang senget atau berat sebelah berpengaruh kuat tekanannya ke atas tulang belakang pusat seluruh saraf2 kita ke otak. 



    Tekanan yang tak seimbang ke atas tulang belakang serta dislokasi tulang  kita akan menyebabkan terganggu atau tersepitnya saraf2 mengakibatkan gangguan respons atau gangguan maklumat kepada otak. Ini boleh mengakibatkan sakit belakang, lemah anggota diikuti lemah organ2 dalaman sekaligus serta mudah dorongan ke arah penyakit2 berat. 
    Tekanan yang tak seimbang adalah disebabkan tulang pinggul senget atau tinggi sebelah lalu mengakibatkan kaki jadi pendek sebelah serta tulang belakang menjadi bengkok semacam 's'.
    Akibatnya badan kita akan jadi lemah sebelah lalu sebelah lagi akan tegang serta sakit atau 'overworked' sebab beban berat berlebihan di tanggung dari sebelah tubuh yang lemah.
    Contoh rasa lemah itu sama apabila kita terseliuh atau terkehel kerana kedudukan tulang kita telah 'misaligned' lalu otot serta saraf tak mampu menanggung stress mengakibatkan kita rasa sakit bila cuba guna anggota yang terseliuh itu.

    Kelemahan sebelah tubuh juga berpengaruh atas apa yang di katakan penyakit keturunan atau generative disease, kebangkalian besar adalah di sebabkan keturunan atau tubuh frame ibu bapa yang lemah sebelah serta gaya hidup tidak seimbang. Kelemahan ini pula menurun kepada anak melalui peranakan ibu yang senget lalu berpengaruh kepada tubuh frame anak bila di lahirkan.

    Kita biasa dengar dan lihat jika ibu bapa obesiti, anak2 mudah obesiti, kalau ibu bapa kurus2, anak pun2 mengikut. Kalau ada yang dalam keluarga pengidap kencing manis atau darah tinggi, maka anak2 pun mudah dapatinya.

    Ada sesetengah orang makan banyak tapi tak gemuk2 dan setengahnya pula makan biasa aja tapi badan naik cepat. Ini adalah kerana hormon2 seseorang itu tidak seimbang menyebabkan masalah2 tersebut di atas. Antara pengaruh yang besar hormon2 tak seimbang adalah disebabkan saraf2 terganggu terutama di tulang belakang.

    Contohnya jika sebelah kanan body frame senget tandanya kaki kanan lebih pendek dari kaki kiri.
    Sebelah kanan body frame yang lemah akan lebih mudah di pengaruhi masalah2 kesihatan seperti ;

    lemah fungsi hati / penyakit2 hati
    lemah pencernaan perut/ penyakit2 perut/ gastric dsb 
    kecenderungannya badan kurus
    mudah ceret beret/ buang air besar berair
    masalah2 penyakit puan / penyakit2 rahim
    masalah2 saraf parasimpatik/ 

      

    Hipbone Displacement - Chart of General Disorders
    Left Hipbone Displacement
    Left Hipbone Displacement
    1.  Tend to suffer from heart and lung malfunction
    2.  Tendency towards obesity
    3.  Constipation
    4.  Colds & Flues
    5.  Sympathetic nervous system
    Right Hipbone Displacement
    1. Tend to suffer from liver and stomach malfunction
    2. Tendency towards having a thinner body type
    3. Diarrhea
    4. Gynecological disorders
    5. Parasympathetic nervous system
    Right Hipbone Displacement
    Kesan dari gerakan2 FISIOTERAPI YUMEIHOke atas tubuh anda ialah ;

    *Melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
    *Menguatkan serta meningkatkan keupayaan organ2 tubuh seperti jantung, hati, buah pinggang, pankreas & lain2
    *Meningkatkan kadar metabolisma tubuh
    *Menghancurkan pembekuan darah & lemak dalam badan
    *Memperbaiki kedudukan tulang belakang & saraf juga                            merelakskan otot2.
    *Meningkatkan keupayaan penyembuhan diri merungkai penyakit2 dalam tubuh melalui pusat saraf tulang belakang
    Ia telah digunakan secara profesional dan menyeluruh selama sekitar 20 tahun oleh tentera udara Rusia.


    Kaedah ini juga telah terbukti berkesan merawat 
    masalah2 kesihatan seperti ;

    SLIPPED DISC / SCIATICA / SAKIT BELAKANG
    EFEKTIF UNTUK MELEGAKAN STRESS
    SAKIT PINGGANG/ SAKIT PINGGUL
    SERING SAKIT KEPALA, MIGRAINE, VERTIGO
    BISA2 / KEBAS2 ANGGOTA
    KAKU LEHER / FROZEN SHOULDER
    SAKIT LUTUT / TUMIT / TERSELIUH TANGAN KAKI
    KAKI PENDEK SEBELAH
    HNP (SARAF TERSEPIT)
    SUSAH TIDUR (INSONMIA)/ KETIDAKSABARAN
    TUNNEL VISION
    GAGAP/ AUTISMA / PARKINSON / ATHRITIS / GOUT
    LEMAH SYAHWAT LELAKI PEREMPUAN
    EFEKTIF UNTUK SAWAN( EPILEPSY)
    SENGGUGUT (PMS) / KEPUTIHAN
    SUSAH DAPAT ANAK
    MENCEGAH DAN MERINGANKAN PENYAKIT2 BERAT DLL



    Kaedah rawatan yang tidak menggunakan sebarang peralatan atau perubatan telah terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat; menjimatkan MASA & WANG anda.
    Sakit belakang hilangkan puncanya dengan kaedah ini.
    Sakit belakang hilangkan ia sebelum parah.
    Sakit belakang hilangkan ia tanpa ubat2an dan tanpa pembedahan.

    Hubungi FISIOTERAPIs YUMEIHOanda hari ini juga 

    untuk khidmat nasihat dan diagnosis percuma.

    Hubungi Zaphir di 013 921 9866 untuk info lanjut.